Malang tidak berbau, Penjawat awam rugi besar, ini jumlah yang dia rugi sangat mengejutkan

Batu Pahat: Seorang penjawat awam wanita yang panik apabila ditunjukkan surat mahkamah kerana didakwa mempunyai tunggakan cukai serta terbabit dalam pengubahan wang haram kerugian RM173,000 selepas diperdaya sindiket penipuan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 28 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki pada 21 Disember lalu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendakwanya mempunyai tunggakan cukai.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa menafikan namun panggilan itu kemudian disambung kepada individu yang kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Dalam perbualan itu, suspek menyatakan maklumat peribadi mangsa terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan penggubahan wang haram.

“Mangsa kemudian ditunjukkan surat untuk hadir ke mahkamah serta diarahkan menyediakan wang berjumlah RM250,000 dalam akaunnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa diberikan satu pautan dan suspek mengarahkan wanita itu memasukkan butiran perbankan.

“Selepas membuat semakan dengan bank, mangsa mendapati berlaku pindahan wang RM173,000 secara berperingkat tanpa disedarinya.

“Mangsa membuat laporan di IPD Batu Pahat semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

2 Comments on “Malang tidak berbau, Penjawat awam rugi besar, ini jumlah yang dia rugi sangat mengejutkan”

  1. you are in reality a good webmaster. The website loading velocity is amazing. It sort of feels that you’re doing any distinctive trick. Also, The contents are masterwork. you have done a fantastic job in this topic!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *