PELAKON, Che Puan Juliana Evans mengakui masih trauma dengan proses bersalin ketika melahirkan anak pertamanya secara normal kerana epidural yang diambil tidak memberikan kesan ketika itu.
Menurut Juliana, oleh kerana trauma yang dialami itu membuatkan dirinya lebih bimbang dan akan lebih bersedia dari aspek mental untuk kelahirkan anak keduanya yang dijangka Julai ini.
“Terus-terang, kali ini saya seperti terlebih risau dan banyak berfikir. Saya masih lagi trauma dengan proses kelahiran anak pertama.
“Mungkin pada waktu itu, saya hanya menjangkakan perkara yang indah-indah sahaja. Saya langsung tak fikirkan rasa sakit yang bakal saya lalui kerana saya betul-betul mengharapkan suntikan epidural itu berkesan.
“Rupanya, hal sebaliknya berlaku. Saya rasa sakit sehingga badan saya terkejut. Saya tak sangka yang saya akan merasai rasa sakit seperti itu di dunia ini. Rasanya seperti setengah mati. Saya ada ambil ‘laughing gas’ tapi tak berkesan juga,” katanya kepada Astro Gempak.
Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jue itu berkongsi dengan Gempak ketika ditemui di Acara Baby Shower yang diadakan di Double Tree By Hilton, Shah Alam pada Rabu.
Kata Jue untuk kelahiran anak keduanya nanti, dia sudah mula membuat persediaan dari segi mental dan fizikal supaya tidak terkejut dengan kesakitan yang bakal dialami.
“Bagaimana pun saya bersyukur kerana selepas bebeberapa bulan bersalin badan saya pulih dengan baik. Jadi saya boleh simpulkan semua wanita yang bersalin ini seperti kena langgar bas sekejap selepas itu macam tiada apa-apa yang berlaku. Sebab itu saya lebih menghargai ibu saya.
“Jadi kali ini, saya sudah mempersiapkan mental saya dan saya juga sudah bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Hal ini tak berlaku ketika kehamilan anak pertama.
“Saya juga banyak baca mengenai pengalaman ibu-ibu yang lain. Rupanya banyak juga yang melalui pengalaman seperti saya. Saya berharap sangat yang saya tahu perkara ini lebih awal,” ujarnya.
Terdahulu, Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama tengku Kamaliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun. — Gempak
slot demo tanpa deposit
obviously like your web-site however you need to test the spelling on quite a few
of your posts. Many of them are rife with spelling issues
and I in finding it very troublesome to inform
the reality nevertheless I’ll certainly come again again.
darknet sites dark market list dark web site
Hi! I just wanted to ask if you ever have any issues with hackers?
My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks
of hard work due to no data backup. Do you have any methods to protect against hackers?
Link exchange is nothing else however it is simply placing the other person’s webpage
link on your page at appropriate place and other person will also do similar in support of you.
Yes! Finally someone writes about judi online.
Attractive element of content. I just stumbled upon your site and in accession capital to claim that I get
actually loved account your weblog posts. Any way I’ll be subscribing to your
feeds or even I success you get entry to constantly quickly.