Kuala Lumpur – Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba mohon diceraikan.
Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku s.hiqaq perbalahan berpanjangan.
Sekadar info, Diana Danielle Danny Beeson merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat. Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria dan Raisha.

Manakala, Farid Kamil Zahari pula ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.
Tidak Lagi Tinggal Serumah
Permohonan cerai tersebut telah disebut di M.ahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini. Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof mem.erintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai JKP.
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.