Ramai Sangka Eina Azman Menangis Sebab Penyondol. Sekali Semuanya Terbongkar

SEBELUM ini tular sebuah video memaparkan pelakon Datin Eina Azman menangis sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat yang bimbang akan keadaan dirinya.

Ia ekoran pelakon 28 tahun itu turut berkongsi kata-kata yang menggambarkan dirinya tidak dihargai seseorang sehingga ada segelintir membuat andaian rumah tangga Eina dan suami iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah sedang berantakan.

eina 3

Bagaimanapun, Kaiser tampil membuat kejutan bersama jambangan bunga duit semasa pelancaran produk keluaran terbaharu Eina pada malam Jumaat.

Menerusi siaran langsung di Tiktok, Kaiser turut meminta maaf kerana tidak mengucapkan selamat ulang tahun kepada isterinya itu yang jatuh pada 13 Mac lalu sekali gus ingin membuat kejutan berlainan dari tahun sebelum ini.

Kaiser membuat kejutan buat isterinya.

“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja masa ulang tahunnya. Selama ini tidak pernah buat macam ini.

“Tapi bila dia menangis hari itu, saya hampir nak beritahu dah. Saya tak pernah lupa ulang tahun dia,” katanya dalam siaran langsung berkenaan.

Dalam pada itu, Kaiser dan Eina turut dilihat saling berpelukan menandakan mereka sudah berdamai tentang salah faham yang berlaku.

Eina yang menangis memberitahu dia hanya mahukan ucapan ulang tahun dari suaminya seperti tahun-tahun sebelum ini.

Malah Eina mengaku dia terlalu banyak berfikir dan rasa tidak dihargai apabila suami melupakan hari pentingnya itu.

Pasangan ini bahagia bersama dua anak mereka iaitu Aubrey dan Karl.

“Akhir-akhir ini banyak kes orang ketiga. Dia pula tak ucap ulang tahun dan buat tak tahu sahaja. Selalunya bila hari jadi saya, dia akan ada.

“Saya tak nak semua ini, saya nak dia ucap sahaja macam selalu. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain,” ujarnya.

Untuk rekod, Eina berkahwin dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *