“Saya Tengah Sibuk Ada Meeting..” – Isteri Rakam ‘Live’ Tangkap Suami Cur4ng Pada Hari ‘Anniversary’

Bukan hanya dalam golongan artis, isu orang ketiga atau penyondol kini tidak dinafikan semakin menjadi salah satu punca utama dalam masalah rumah tangga di Malaysia.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, wanita itu mendedahkan perbuatan curang suaminya pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi video tersebut, wanita itu sempat membuat live menunjukkan suaminya yang sedang keluar makan bersama seorang wanita sambil menjawab panggilan telefonnya.

Apabila ditanya di mana keberadaannya, suaminya menipu dengan mengatakan sedang sibuk bermesyuarat dan meminta untuk tidak membuat panggilan lagi.

Saya tengah sibuk ada meeting, kenapa? ada apa? kalau saya tak jawab bermakna saya sibuk. Faham? Dah tahu saya tak jawab call, apa benda lagi nak call. Ada urusan apa lagi?
Bukan itu sahaja, lelaki itu turut tidak mengingati hari ulang tahun perkahwinan mereka apabila ditanya isterinya.

Awak tak ingat ke harini hari apa? Tak ingat ke harini berapa haribulan? harini 16 haribulan. Tak ingat ke?
Namun, secara tiba-tiba wanita disebelah suaminya itu merampas telefon bimbit dan meminta isterinya untuk tidak mengganggu lelaki itu lagi.

Hello? bolah tak jangan ganggu dia, dia busy.

SUMBER:beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *