Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz, 29, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Siti Fatimah.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Nurul Qistini manakala Hafidz diwakili peguam Datuk Akbardin Abdul Kader.
Terdahulu Hafidz ditahan pada 10 Mac lalu bagi membantu siasatan dalam kejadian menumbuk isterinya ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Bagaimanapun, pelakon drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.
Media sebelum ini melaporkan seorang ahli seorang ahli keluarga Shuhada mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam dan kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: