Setelah sekian lama mengambil pendekatan berdiam diri, pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya bersuara dengan menuntut isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri membuat permohonan maaf kerana didakwa membuka aib dan memfitnah keluarga mentuanya.
Hafidz berkata, selama ini dia mengambil pendekatan tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara baik.

“Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semua benar maka saya terpaksa menulis di sini kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.
“Demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga, dengan rasa rendah diri saya memohon serta memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu atau kes rumah tangga saya.
“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak,” tulisnya menerusi surat terbuka yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, sebentar tadi.
Bapa dua anak itu turut menjelaskan, sebagai ketua keluarga dia berusaha menjaga aib dan maruah isterinya selama ini.
“Shu, saya menjaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna.”
“Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malang, ia menjadi luar kawalan,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengesahkan pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, 13 Mac ini, berhubung kesalahan menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh.
Kenyataan Penuh Dari IG Hafidz Roshdi
View this post on Instagram
Sumber : Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: