Baru Sahaja Umum Cadangan Baru Keluarkan KWSP, Sesuatu Terjadi Dekat Facebook Perdana Menteri

Kuala Lumpur – K.erajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

Perdana Menteri merangkap M.enteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terde.sak untuk mendapatkan pinjaman kewangan, dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Kita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran pengeluaran masa Cpvid19 dan semua negara luluskan kaedah itu.

Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terde.sak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM 1 j.uta dalam KWSP tetapi terikat dekat situ.

Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM 180,000 hingga RM 200,000, itu spesifik k.es.

Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak wi.thdraw keluarkan daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran,” katanya.

Antara Reaksi Orang Ramai Di FB PM

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *