Bukti baharu dikemukakan Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama permohonan perceraian iaitu dakwaan pernah dipukul Syamsul Yusof membuatkan ramai terkejut termasuk adik pelakon itu, Puteri Sofia Nadira.
Katanya, selama ini kakaknya itu menyimpan kemas rahsia berkenaan kekasaran yang dilakukan suaminya sendiri daripada pengetahuan sesiapa sehingga membuatkannya berasa bersalah.
“Sesetengah orang mungkin ada alasan mereka sendiri untuk enggan mendedahkan sesuatu atas beberapa sebab tertentu.
“Dalam Islam juga, adab seorang isteri untuk tidak mendedahkan rahsia rumah tangga kepada keluarga terdekat bagi mengelakkan berat sebelah berkemungkinan akan berdamai.
“Saya sendiri rasa bersalah dan sedih dengan apa yang awak tanggung selama ini,” tulisnya menerusi Insta Story.
Luahan dibuat anak kedua daripada empat bersaudara itu kemudian dikongsikan semula pelakon Andai Itu Takdirnya menerusi platform sama.

Sofia, 33, yang juga penuntut pengajian Doktor Kesihatan Awam menzahirkan permohonan maaf apabila selama ini tidak mengetahui kakaknya berhadapan isu keganasan rumah tangga.
“Apa guna saya dah nak ‘graduate’ dalam bidang ini, hafal maksud keganasan, jenis keganasan, pemerkasaan wanita tetapi saya tak tahu pun awak adalah sebahagian daripada hal tersebut.
“Ofia (nama panggilannya) minta maaf Yaya (Puteri Sarah), saya tak pernah tahu,” luahnya yang turut menyertakan poster kempen anti keganasan domestik dalam hantaran berkenaan.
Semalam, Sofia antara saudara terdekat yang menemani ibu kepada dua cahaya mata itu menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan bahawa pelakon itu pernah dipukul Syamsul sekitar tiga tahun lalu.
Katanya, insiden tersebut menjadi punca anak guamnya keluar dari rumah mereka, namun kembali ke kediaman itu selepas dipujuk mentua.
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, mengarahkan Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, dan Puteri Sarah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) atas tiada keadaan luar biasa untuk tidak berbuat demikian.
Sebutan kes seterusnya ditetapkan pada 10 April depan untuk mengetahui laporan JKP.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: