PELAKON Hafidz Roshdi ditahan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) di Sungai Buloh.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu ketika dia hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.
Hussein memberitahu Hafidz dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil pada hari sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.
“Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad),” katanya kepada mStar pada Ahad.
Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sudah menerima laporan awal perubatan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian pipi kiri.
Hussein menambah, pihaknya juga akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara pada Isnin ini bagi menghalang pelakon berkenaan mendekati mangsa sementara siasatan dijalankan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Shuhada terima 10 jahitan selepas ditumbuk Hafidz Roshdi.
Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah pada 28 Februari lalu.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: