“Anniversary saya 8 Mac tapi dah tak rasa apa-apa, tetapi untuk sebutan kes di mahkamah saya mengharapkan saya dilepaskan, supaya saya boleh move on.
Pelakon Puteri Sarah sangat berharap suaminya, pengarah Syamsul Yusof melepaskannya secara baik.
Tinggal beberapa hari menuju tarikh sebutan kes permohonan cerainya 7 Mac ini, aktres itu bagaimanapun yakin seratus peratus akan dilepaskan Syamsul.

“Serius saya katakan, pada 7 Mac ini saya ingin dilepaskan dengan cara baik, selesai dengan cara yang elok dan boleh hidup dengan haluan masing-masing dan sambung bekerja.
“Kalau tanya saya sejauh mana saya yakin akan dilepaskan, jawapan saya yakin seratus peratus akan dilepaskan. Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ini,” katanya kepada Gempak.
Malah, ibu dua anak itu mendedahkan sudah melakukan solat sunat istikharah ketika menunaikan umrah bagi meminta petunjuk.
“Kadang petanda itu saya tidak nampak, kalau terima dalam mimpi saya bersyukur tetapi apa yang saya lihat Allah bantu saya setiap kali ingin buat keputusan, sangat dipermudahkan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, keputusan mahu dilepaskan suaminya itu sudah disuarakan kepada keluarga mentuanya kerana dia tidak pernah berselindung, malah apa sahaja gerak gerinta pasti dimaklumkan.
“Walaupun agak berat untuk mereka terima tetapi saya beritahu insyallah ia tidak akan menjejaskan hubungan kami. Saya masih akan datang melawat mereka di rumah,” jelasnya.
Sementara itu, Sarah di Instastories mengeluh apabila kenyataannya diputar belit media. Jelasnya, dia tidak sebongkak itu untuk mengeluarkan kenyataan yakin seratus peratus dilepaskan suaminya kerana itu kerja Allah SWT.
Apapun, semoga kedua-dua pihak bertemu penyelesaian terbaik.
sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/2023/03/01/yakin-seratus-peratus-dilepaskan-syamsul-adalah-tajuk-bongkak-puteri-sarah-bengang-tajuk-mengundang/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: