TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba tular gambar memperlihatkan pelakon Zara Zya disarungkan cincin di laman sosial dan menimbulkan tanda tanya sama ada aktres itu kini bergelar tunangan orang.
Bagaimanapun Zara ketika dihubungi Gempak memilih untuk mengunci mulut dan hanya memohon agar semua orang mendoakan yang baik-baik buatnya.
“Maaf, buat masa sekarang saya tak nak berikan apa-apa komen tapi apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada semua orang.
“Apa yang boleh saya katakan sekarang, doa yang baik-baik saja buat saya. Apa-apa pun, terima kasih semua,” katanya kepada Gempak.
Biarpun gambar yang disebarkan itu diambil dari posisi jauh namun jelas menampakkan wajah pelakon Zara yang memakai busana serba putih.
Terdahulu, menerusi laporan Gempak pada Selasa, Zara mengakui dirinya kini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Memberi bayangan seolah-olah hatinya sudah dimiliki, Zara, 38, apabila ditanya soal jodoh tidak menafikan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular. Selain Shuib, dia juga pernah di’kenenkan’ dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Ramai tertipu dengan video Zara Zya yang disangka telah bertunang, baru-baru ini.
Terdahulu, pelakon berbusana rona putih sedang disarungkan cincin selain susunan barangan hantaran membuat orang ramai menyangka dia telah bertunang.
Tambahan pula, Zara sekadar meletakkan emoji hati berwarna putih di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran di Instagram, Zara akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa ditipu Zara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: