Ini Keadaan Terkini Pelakon Ebby Yus. Rupanya Ini Yg Doktor Sarankan Ebby Buat Hari Hari

TAHAP kesihatan pelakon Ebby Yus yang dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik membimbangkan ramai peminat.

Ini selepas Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 57, memaklumkan kondisi jantungnya berada dalam keadaan lemah dengan kekuatan sekitar 27 peratus sahaja.

Berkongsi perkembangan terkini, Ebby memberitahu keadaannya kini bertambah baik, namun masih tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang agresif.

Ebby mengalami sesak nafas dan badan menjadi bengkak.

“Alhamdulillah, keadaan saya kini sudah bertambah baik. Sebelum ini, saya mengalami masalah sesak nafas dan tidak boleh berjalan disebabkan oleh water retention.

“Badan saya menjadi bengkak akibat dipenuhi air kerana buah pinggang tidak lagi mampu memproses air keluar daripada badan yang mengakibatkan sesak nafas.

“Saya diwadkan di hospital dan berada selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor masukkan tiub kecil ke dalam perut untuk mengeluarkan lebihan air,” katanya kepada mStar.

Ebby sebelum ini memaklumkan dia ditahan selama seminggu di Hospital Kuala Lumpur.

Disebabkan oleh tubuh badannya kini tidak lagi boleh menampung air yang banyak, Ebby berkata doktor menasihati untuk mengambil 500 mililiter (ml) air kosong sahaja dalam sehari.

Mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah, pelakon sitkom Sepahtu Reunion itu kadangkala terpaksa melanggar ‘pantang’ lebih-lebih lagi ketika waktu bekerja.

“Saya kini hanya boleh minum sebanyak 500ml air sehari sahaja sebab masalah buah pinggang. Memang tak mudah, lebih-lebih lagi sewaktu saya sedang bekerja.

“Kadangkala saya terlebih juga minum segelas dua air, tetapi tidaklah berlebihan. Kalau duduk rumah sahaja mungkin bolehlah minum 500ml tu,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya soal kewangan untuk menampung kehidupan dan menjalani rawatan, Ebby bersyukur dengan rezeki yang ada dan menyifatkan tiada lagi keperluan baginya untuk meminta bantuan orang ramai.

ebby2 - 1

Ebby masih lagi boleh bekerja dan tidak memerlukan bantuan.

Kata Ebby, dia masih mempunyai wang untuk menyara kehidupan harian dengan bekerja, sebaliknya memohon agar diberi lebih banyak peluang dalam pekerjaan.

“Alhamdulillah, buat masa ini saya rasa belum ada keperluan lagi untuk saya minta bantuan orang ramai. Saya masih mempunyai wang untuk makan, bayar rumah dan sebagainya.

“Namun, saya berharap agar diberikan peluang pekerjaan kerana saya masih mampu untuk bekerja tetapi hanya melibatkan penggambaran di dalam studio atau program bual bicara,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *