“Kononnya dia terpaling tenang.”
Itu antara komen warganet mengenai hantaran terbaharu Hafidz Roshdi di Instagram yang seolah-olah tidak terkesan apabila menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan talak satu bersaksikan keluarga mereka.
Menerusi hantaran gambar yang dimuat naik dengan berlatarbelakangkan pantai, Hafidz hanya sekadar meletakkan emoji cinta pada ruangan kapsyen.

Lebih mengejutkan, bapa kepada dua cahaya mata itu tidak menutup ruangan komen sekali gus ‘menempah maut’ apabila menjadi sasaran netizen yang majoritinya tidak menyokong dengan tindakannya itu.
Rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap Hafidz yang seolah-olah menjalani kehidupan seperti biasa walaupun menanggung masalah rumah tangga ketika ini.
“Kuat betul orang bernama Hafidz Roshdi ini. Netizen kutuk macam mana pun dia tetap tidak menutup ruangan komen,” tulis seorang netizen.
“Sakit ke bang? Lain macam,” komen seorang warganet.
“Selalu kalau kes macam ini orang itu akan diam dulu, tapi ini lain macam dia rajin pula muat naik,” tulis seorang netizen.
“Dia buat macam tiada apa-apa eh,” kata seorang pengguna akaun.
Terdahulu, Nurul Shuhada mengesahkan jodohnya bersama Hafidz sudah berakhir dan bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai pada 1 Mac ini.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: