Rakyat Minta Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP. Sekali Ini Yg PMX Anwar Ibrahim Buat

KEBANYAKAN rakyat Malaysia meletakkan harapan tinggi untuk membuat pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagaimanapun dalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah dan pendekatan berbeza dalam usaha membantu rakyat.

“Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 di dalam Akaun 1 mereka, kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500.

“Program ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Dalam pada itu kerajaan juga bercadang meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela

kepada KWSP sehingga RM3,000.

Bagi menggalakkan lebih ramai orang bekerja sendiri menyimpan dalam KWSP, kerajaan meningkatkan nilai sumbangan padanan i-Saraan kepada RM300 berbanding RM250 sebelum ini.

RM30 juta disediakan untuk manfaat lebih 100,000 pencarum.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *