Seorang isteri yang sedang mengandung tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis teresak-esak gara-gara suaminya terlupa membelikan telur sebelum beredar ke tempat kerja.
Menerusi perkongsian di Twitter isu semasa viral, memaparkan dua klip video wanita itu meluahkan perasaannya sehingga membuatkan ramai orang sebak namun menghiburkan.
Menurutnya, dia mempunyai dua orang dan sedang mengandung membuatkannya kadang-kadang rasa penat dan ingin marah serta menangis. `

“Suami saya dah pergi kerja dan pagi tadi dia dah belikan roti untuk anak-anak tapi dia lupa nak beli telur. Lepastu saya cakap dengan dia, kenapa dia tak beli telur. ‘You’ (awak) tahu tak telur tu makanan ‘I’ (saya) hari-hari. Tak baik buat saya kebulur macam ini.
“Maksudnya bila aku tak sempat nak masak tu, aku akan makan nasi dengan telur dulu petang-petang. Baru aku makan dengan lauk,” katanya sambil menangis.
Luah wanita itu, meskipun suami dia meminta maaf kerana terlupa menerusi mesej pesanan khidmat ringkas (SMS), namun dia tetap berasa emosi dan marah.
“Aku cakap ‘dah lah, saya tak nak sebab, saya tak nak makan hari ini. Biar je lapar sampai balik nanti you bawak makanan untuk anak-anak’.Aku macam ‘rebel’ (merajuk) macam tu sahaja,” ujarnya.
Bagaimanapun, wanita terbabit kemudian kembali menangis tetapi kerana terharu dengan suaminya yang pulang sebentar untuk menghantar makanan dan sepapan telur.
“Jadi, tiba-tiba masa saya tengah basuh pinggan, saya dengar bunyi gate (pagar). Ingat jiran sebelah, rupa-rupanya suami saya balik bawa makanan iaitu kuetiau dan telur.
“Kau gila apa, suami saya buat ‘sales’ (jualan) dekat Taman Desa dan dia naik motosikal dengan kawan dia. Saya jadi risau sebab bahaya dan tersentuh sangat. Sebabkan telur je, saya marah, dia sanggup hantar,” katanya.
VIDEO:
KOMEN NETIZEN:
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: