Senyum bibir senget, menangis pun tak keluar air mata, rupanya ini yang terjadi pada Shikin Maembong

KAKAK kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan menderita masalah saraf iaitu Bell’s Palsy sejak 12 tahun lalu yang memberi kesan kepada kehidupannya sepanjang tempoh berkenaan.

Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail, 40, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia berdiam diri mengenai masalah tersebut kerana kurang keyakinan berkongsi masalah berkenaan kepada umum.

Ini kerana kata Shikin, disebabkan masalah saraf itu, dia pernah dijadikan bahan ketawa selain ia turut memberi kesan kepada hubungan cintanya apabila ada lelaki tidak dapat menerima keadaan kesihatannya.

“Saya disahkan menghidap Bell’s Palsy sejak 12 tahun lalu dah baru sekarang saya ada keyakinan berkongsi tentang penyakit ini kepada umum.

Keadaannya sewaktu didiagnos Bell’s Palsy.

“Saya tidak berani bercakap mengenainya kerana ada mengutuk dan menjadikan saya sebagai bahan ketawa sehinggakan lelaki yang mahu berkenalan pun lari apabila tengok wajah saya tidak normal seperti wanita lain,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai penyakit itu, Shikin berkata, pada awalnya dia berasa kebas di bahagian muka selain wajahnya menjadi senget.

“Saya masih ingat ketika saya bangun pagi, pada awalnya tak rasa apa-apa tapi masa tengah sarapan muka tiba-tiba rasa kebas.

“Saya nak minum, air itu tumpah… makan pun sama. Apabila saya lihat wajah di ceriman, mata saya jadi terbeliak dan tidak boleh tutup dan muka jadi senget sebelah.

“Menangis pun mata sebelah saya tidak berair. Terus saya pergi hospital mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shikin berkata, dia mengalami masalah itu disebabkan tekanan dan lebih malang apabila doktor memaklumkan keadaannya sudah tidak boleh pulih seperti biasa.

Pun begitu katanya, sepanjang tempoh 12 tahun ini sudah pelbagai rawatan dilakukan namun masih belum sembuh sepenuhnya.

shikin2 - 1

Shikin kini tampil lebih yakin.

“Kalau tengok betul-betul, kalau saya senyum, bibir saya senget sedikit. Kerdipan mata pun kadang-kadang tak seimbang.

“Saya sebenarnya lambat dapatkan rawatan akupuntur kerana kata doktor saraf saya pun sudah keras,” ujarnya yang belum berputus asa mencari rawatan terbaik memulihkan penyakit itu.

Sebelum ini, Shikin ada berkongsi mengenai masalah tersebut di TikTok miliknya dan tidak menyangka ramai turut mengalami nasib sama sepertinya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *