“Nak gambar sayang, rindu”-Mesej didakwa dari Hafidz Roshdi tular

Sejak pagi tadi, kecoh di media sosial apabila tangkapan layar Insta Story milik isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ditularkan.

Dalam kenyataannya, rumah tangga yang mereka bina seakan diganggu orang ketiga sehingga dia merasa cukup menderita.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan dari pihak isteri dan juga pelakon tersebut memandangkan luahan wanita itu dibuat di Instagram peribadinya.

Tular screenshot WhatsApp mesra?

Namun begitu, menerusi perkongsian Instagram Jabatannetizennegara20, tular pula tangkapan layar menunjukkan mesej yang didakwa dihantar Hafidz kepada seorang wanita.

Lebih membuatkan netizen bingung, perbualan mereka boleh dikatakan mesra dan wanita terbabit juga sempat mengirimkan gambar kepada individu yang nombor telefonnya disimpan dengan nama ‘Hafidz’.

Cantiknya bayang2

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mempersoalkan ‘pilihan’ pelakon itu jika benar dia berlaku curang dengan wanita terbabit sehingga sanggup menduakan isteri.

Tetap ke surau walau penyondol

Lawa lagi isteri dia

Walau bagaimanapun, wanita misteri tersebut tidak dapat dipastikan siapa dan boleh jadi ahli keluarganya serta bukanlah ‘penyondol’ yang dimaksudkan.

Terdahulu, nama Hafidz Roshdi telah ‘dipetik’ netizen susulan tularnya berita seorang pelakon berlagak alim kantoi curang dan bertukar mesej mesra dengan wanita lain.

Tindakannya itu diketahui oleh isteri namun dia memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak bekerja dan menguruskan anak-anak di rumah.

“Tengah komen ke, kat bawah tu?” – Hafidz sindir netizen

“Tengah komen ke, kat bawah tu?”. Demikian tulis pelakon, Hafidz Roshdi dalam hantaran terbaharunya di Instagram, memaparkan gambarnya yang sedang duduk mencangkung dan menunjukkan jari ke lantai.

Hantaran itu umpama sindiran buat netizen yang berkerumun di ruangan komen hantarannya itu selepas muncul tangkap layar hantaran isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang meluahkan isi hatinya kepada individu yang hanya dilabel sebagai ‘You’ yang mana, mengganggu gugat rumah tangganya.

Gambar itu turut ditanda (tag) ke akaun Instagram ‘tentera’ kelab peminatnya serta anaknya, Humairah Hafidz.

Ruangan komen hantaran itu dihujani pelbagai komen daripada netizen yang menghentamnya mengenai isu kecurangan yang berlaku dan tersebar baru-baru ini.

Terdahulu, tular tangkap layar yang didakwa daripada Shuhada mengenai kekecewaan isteri pelakon itu apabila wanita yang disebut sebagai ‘You’ berkenaan mengganggu keharmonian rumah tangganya dan meragut kebahagiaan anaknya.

“Kepada: You, terima kasih sebab sakitkan saya dengan anak-anak saya yang tak berdosa. Terima kasih sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak saya.

“Terima kasih sebab runtuhkan rumah tangga saya. Terima kasih sebab sesama perempuan pun, You sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak ‘fight for your love’ (berjuang untuk cinta). Haha.

“Terima kasih sebab kacau dan buat emosi anak-anak saya menderita. Terima kasih sebab bahagia atas penderitaan kami. Terima kasih sebab layan dia.

“Terima kasih sebab bagi peluang dekat Allah untuk buktikan kepada kami yang Dia Maha Adil dan Dia akan buat kamu menderita berjuta kali sakit dari saya dan anak-anak. Terima kasih,” tulisnya.

Shuhada juga menulis bahawa dia boleh sahaja menjatuhkan ‘You’ dengan mudah, namun menunggu balasan daripada Allah.

“Siapa hebat cubalah cari siapa ‘You’. Perempuan tak tahu malu, kalau saya nak jatuhkan kamu, sekejap saja dah boleh tular siapa ‘penyondol’ itu. Tapi saya tak buat, saya tunggu Allah balas, kifarah Allah pasti.

“Bukan hanya aku yang menderita. Humairah dan Umar lagi dasyat derita lalui semua ini. Doakan anak-anak saya kuat,” tulisnya.

Terdahulu, Hafidz pernah tampil memberi penjelasan di rancangan Melodi dan tidak lupa, turut menyentuh sentimen agama dalam penerangannya.

Sumber: Instagram Jabatannetizennegara20, https://ohmymedia.cc/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *