Makin hangat kisah ‘penyondol’ dalam kalangan rakan artis apabila hari ini media hiburan digemparkan dengan berita kecurangan pelakon lelaki Hafidz Roshdi di media sosial.
Terbaru, seorang individu yang mendakwa dirinya sahabat kepada isteri Hafidz Roshdi, Shuhada telah memberi ‘hint’ tentang siapakah insan ketiga yang telah mengganggu rumah tangga pelakon itu dan isterinya.

Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa seorang wanita bernama Athira Yuhada merupakan wanita yang sedang ‘hangat’ dicari netizen pada ketika ini.
Hantaran tersebut menjadi tular di Facebook dan meninjau ruangan komen, ada yang mendakwa wanita berkenaan sudah pun bernikah dengan Hafidz Roshdi.
Sementara itu, pelakon lelaki itu hanya memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan foto dirinya sendiri dengan kapsyen “tengah komen kat bawah ke tu?” sebagai respon terhadap kontroversi yang menimpa dirinya pada ketika ini.
Tenang ‘live’ sambil pandang isteri, isu curang Hafidz Roshdi sekadar ‘prank’?
Susulan dakwaan berlaku curang, tindakan pelakon Hafidz Roshdi membuat siaran langsung di aplikasi TikTok malam tadi menarik lebih 10,000 penonton bagi mengetahui kesahihan mengenai perkara tersebut daripada mulutnya.
Namun malangnya, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tanpa memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya ‘melayan’ beberapa soalan rawak netizen.
Malah, seorang individu menggunakan akaun @hannana70 mendakwa kontroversi itu mungkin sekadar ‘prank’ atau gurauan kerana Hafidz dilihat tenang dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kita kena ‘prank’ ke?
Anggap je la kita kena ‘scam’
Ini kerana tangkap layar siaran langsung berkenaan seperti kedengaran suara wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selain anak-anaknya yang sedang bermain.
Difahamkan, terdapat juga individu meminta untuk melihat isterinya dalam siaran langsung tersebut tetapi pelakon berusia 29 tahun itu mengatakan ‘isteri saya tak pakai tudung, tak boleh’.
Ni semua ‘marketing’?
Walau bagaimanapun, dakwaan pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu bermain kayu tiga masih menjadi tanda tanya walaupun isterinya didakwa telah memberi bayangan bahawa rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.
Luahan isterinya atau akaun palsu?
Untuk rekod, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.
Antara komen netizen
Ni Strategi Marketing Gimik Sbb Dia Ada Drama Terbaru..Pernah Nampak Dia Berlakon Tahun Lepas..Sbb Dia Kan Dah Lama Xberlakon..Netizen Je Yg Melebih2..
Cukup2 La Kita Amik Tau Pasal Rmh Tangga Org…Ingatlah..Pendeta Ali Pernah Berpesan Bahawa “Selama 3 Tahun Kita Jaga Rumah Tu,,,Ada Dia Tanya Bil Api Air??”….
Tu La Hampa Netizen Duk Kalut Pasai Rumah Tangga Orang. Padan Muka Kena Prank. Harap Banyak Kan Prank Macam Ni. Biaq Geng Jaga Kain Orang Naik Meluat Terus Hilang Dari Radar Fb. Good Job .
Hahahaha Padan Muka Semua. Menggelabah Jee. Sibuk Hal Rumah Tangga Orangg. Jaga La Rumah Tangga Sendiri.
Kalaulah Itu Prank,Gimik Or Scam…Mereka Seolah² Harap Dan Mendoakan Untuk Diri Sendiri Akan Kisah-Kisah Yang Sebegitu Terjadi Dalam Hidup Mereka.Celaka Besar…
Mgkn Nk Ikut Jejak Langkah Yg Lain.. Bila Suami Kes Curang Je Si Isteri Terus Femes.. Keluarlah Segala Mak Nenek Produk.. Padahal Tak Ada Apa Pun
Berharap Dan Berdoa Semoga Suami Nya Curang Agaknya Si Bini Hafidz Ni.. Laki Kau Kena Sailang Betholll Karang Baru Kau Tau Sakitnya Macam Mana.. Nak Pulak Kena Sailang Dengan Pempuan Ala2 Miss Universe..
Maaf Ckp..Laki Dia Mmg Hansem..Bini Blh Katakan X Sepadan Dgn Dia..Tp Klu Dah Jodoh Nk Wt Apakan..Laki Dia Pelakon Di Kelilingi Ppuan Yg Comey2 Mau Imannya Tergugat Jgk Nti..Bertabahlah Sapa2 Laki Dia Hensem Tu..Termasuk Bini Aku Yg Dpt Aku Yg Hensem Ni..Kita Wt Tahu Pun Depa Duk Jeling2 Rasa Jgk Dlm Hati Ni Berdetup2..
Video,
Sumber: TikTok @hannana70
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih