Ali Puteh Memandai Nak Bayar RM60 Ribu Secara Ansuran- Peguam Sendiri Pun Tak Tahu Menahu, Apa Kes?

Peguam Ali Puteh iaitu Noorazmir Zakaria memaklumkan dia masih belum menerima arahan daripada pihak Ali dan keluarganya berhubung surat pembayaran secara ansuran kepada Hidayah.

Noorazmir tidak dapat mengulas mengenai surat pembayaran secara ansuran seperti dakwaan anak guamnya itu kerana belum mendapat sebarang arahan daripada mereka.

“Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya,” katanya kepada Harian Metro.

Noorazmir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hidayah yang tidak bersetuju jika pihak Ali mahu membuat pembayaran ganti rugi RM60,000 itu secara ansuran.

Hidayah juga mendakwa dia tidak ada menerima surat berkaitan permohonan bayaran secara ansuran daripada pihak Ali dan peguamnya.

Menurut Noorazmir lagi, isu bayaran secara ansuran itu tidak timbul lagi memandangkan pihak Hidayah tidak bersetuju jika Ali mahu berbuat demikian.

“Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu. Mungkin Hidayah boleh mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, Ali memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah itu secara ansuran.

Menurut Ali, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Katanya, dia juga sudah memberitahu peguam dia bersetuju membuat bayaran ansuran kepada Hidayah dengan duitnya sendiri.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/2023/02/16/ali-puteh-memandai-nak-bayar-rm60-ribu-secara-ansuran-peguam-sendiri-pun-tak-tahu-menahu-apa-kes/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *