Kuala Lumpur – Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke37 AJL37, Datuk Mokhzani Ismail tidak menafikan jurang s.engit yang diterima menerusi dua buah lagu bertanding, Terus Hidup dan Semalam Di Temasek, malam tadi.
Mokhzani berkata, barisan jemaah juri turut melihat persembahan secara langsung daripada penyanyi yang bersaing, selain menilai aspek m.elodi dan kreativiti di dalam lagu.
Terus Hidup yang diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu adalah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul sementara karya Semalam Di Temasek pula dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya Joe Flizzow bersama rakan seperjuangan, SonaOne.

Jurang Markah Hanya Dua
Dua lagu yang kami merasakan sangat dekat jurang markahnya, iaitu Terus Hidup dan Semalam Di Temasek. Apabila pemarkahan dibuat daripada sudut melodi dan kreativiti, lirik kedua-duanya sangat kuat.
Daripada segi vokal pula, ada dua aspek. Pertama vokal di dalam album dan kedua persembahan di atas pentas secara langsung.
Kalau kita tengok, Aina turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaik.
Itu di antara faktor yang mengangkat markah Terus Hidup menjadi sedikit lebih berbanding Semalam Di Temasek. Kalau boleh saya kongsikan, jurang sebanyak dua markah sahaja.
Begitu juga dengan lagu yang memenangi tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop, balada.
“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat kita diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawa lagu Anugerah Terindah jadi pilihan,” katanya ketika sidang media AJL37.
Mewakili barisan juri bagi edisi AJL tahun ini, beliau menyifatkan pemilihan penyanyi wanita itu sebagai pemenang trofi utama sebagai pilihan yang tepat.
Bagi saya, saya tidak ragu-ragu mengangkat Aina Abdul. Kalau kita lihat, persembahan l.ive Aina menerusi Terus Hidup berbanding di dalam album ada sedikit perbezaan.
“Dibawanya persembahan secara langsung melebihi daripada apa yang didengari di dalam album. Garapan yang dibuat Jenny Chin bukan mudah. Kalau kita kaji di segmen akhir lagu itu, ada p.rogression chord yang boleh menj.erat penyanyi.
Tetapi bahagian-bahagian sedemikian ini telah disampaikan Aina dengan baik. Bagi saya, sebulat suara mengakui Aina Abdul sebagai juara AJL37.
“Tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah yang bersifat luar biasa,” katanya lagi.
Aina turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik sementara Shiha pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama.
Penyanyi p.opular, Khai Bahar yang membawa saingan dengan lagu Se.ngsara dipilih sebagai Pemenang Penyanyi Pilihan P.opular Alha Alfa.
Kredit : MH/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.