Pelakon, Puteri Sarah mendedhkan dirinya telah ditvduh menggunakan wang daripada suaminya, Syamsul Yusof dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam untuk membayar khidmat peguamnya.
Pendedahan itu dilakukan Puteri Sarah menerusi hantaran di akaun Insta Stories miliknya selepas menerima perkongsian daripada netizen.
Hantaran itu memaparkan foto tangkap layar yang dipercayai daripada abang Ira Kazar iaitu Naem Kazar dengan seorang netizen.
Menurutnya, dakw4an itu sama sekali tidak berasas kerana dia telah bersusah payah bekerja mencari rezeki demi kesenangan anak-anak.
“Subhanallah… Jiwa-jiwa ni tak aman lagi ke…? Saya masih di Dubai, gembira gembira dekat sini dan netizen tunjuk saya posting ini.
“Allah tahu macam mana saya bekerja keras untuk mendapatkan hak saya, Allah tahu macam mana kerja kerasnya saya untuk mencari rezeki.
“Siang malam kerja bersengkang mata mencari rezeki. Senang-senang je belah sana bercerita kata peguam saya, Syamsul dan bapa mentua yang bayar.
“Saya pergi umrah dengan bercuti pun kata Syamsul bayar. Adakah anda pasti? Apa kena ni? Jika tak puas hati cakap dengan peguam saya,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, ibu kepada dua anak ini juga mengakui tidak faham dengan sikap keluarga Kazar yang masih berdegil memberikan kenyataan walaupun sudah menerima perintah injuksi.
“Mula-mula bapa, lepas tu kakak, ni abang pula. Lepas ni siapa pula yang nak keluar kenyataan. Satu keluarga ni dah kenapa?
“Dah dapat Syamsul duduk diam-diam lah. Dah kena perintah injuksi masih tak boleh berhenti lagi? Korang nak apa sebenarnya?”
Terdahulu, Puteri Sarah mengambil kesempatan untuk bercuti bersama-anak di Dubai selepas menunaikan umrah.
Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sumber:Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: