Selalu Teka Betul. Ini Pilihan Dari Siti Nurhaliza Dan Neelofa Anugerah Juara Lagu Esok Buat Ramai Setuju

Kuala Lumpur – B.ahang Anugerah Juara Lagu ke37 AJL37 yang bakal berlangsung pada malam Ahad ini semakin memuncak.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pengacara dan usahawan Neelofa kembali dengan ramalan tentang juara AJL37 memandangkan sudah beberapa kali tekaannya mengena.

Menerusi T.witter miliknya, Neelofa menunjukkan sokongan terhadap Alif Satar yang mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah dan Aina Abdul menerusi Terus Hidup.

Meskipun tidak menyebut siapa bakal bergelar juara, namun Neelofa menjangkakan Alif dan Aina bakal mengungguli gelaran juara AJL37.

Another year another p.rediction. Saya menyokong dan berharap agar Alif Satar akan jadi tiga teratas dalam AJL37. Bakatnya yang serba boleh memang chefskiss. Tidak lupa juga, yang hebat, Aina Abdul. Dia juga layak, katanya.

Ramalan yang dimuat naik ibu kepada Muhammad Bilal itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata menyokong pilihan Neelofa.

Malah mereka juga teruja menantikan keputusan AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 9 malam.

Tahun lalu, ramalan Neelofa mengena apabila P.elukan Angkasa nyanyian Shila Amzah serta SOG diangkat sebagai juara AJL36.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza pula menyebut nama Aina Abdul, Marsha dan Ernie Zakri antara finalis yang bakal merebut anugerah vokal terbaik pada malam itu nanti.

Kata Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi, dia mengakui dirinya kurang mendengar lagu yang akan dipertandingkan membuatkannya sukar untuk meramal siapa bergelar juara AJL37.

“Ada lagu finalis-finalis ini yang kurang fa miliar untuk saya. Saya tak dengar selalu lagu mereka, jadinya, sebab itu saya tak boleh nak bagi ramalan. Tapi vokal saya tahu. Marsha, Aina Abdul dan Ernie. Ini yang power-power ni. Tiga-tiga ada peluang untuk menang,” katanya.

Tokti berkongsi perkara itu menerusi Live Instagram miliknya.

AJL37 menyaksikan 12 lagu terbaik bertanding iaitu K.orban nyanyian Ernie Zakri, Kembali Terang Marsha, Terus Hidup Aina Abdul, Nang Iman Troye, S.engsara Khai Bahar, Irama Shiha dan Mainan Naim Daniel.

Manakala turut mara ke final adalah Anugerah Terindah Aliff Satar dan The Locos, Debu Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi, Bahagiakan Dia Shila Amzah dan Liza Hanim, Satu Malam Di Temasik Joe Flizzow dan Sonaone dan Payung Pelangi Noki serta MK.

Anugerah berprestij ini akan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Jihan Muse.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *