Sy tau suami benci mak sy sbb beban. Satu hari sy balik rumah lihat mak trlentang kat ruang tamu. Akhirnya sy tekad bt keputvsan samapi suami lafaz talak.

#Foto sekadar hiasan.

Hi semua, nama saya Hanim. Semua orang kata jodoh pertemuan ketentuan Allah juga, dan saya percaya. Jadi kalau ada orang bertanya mengapa lambat

kahwin, saya kata belum ada jodoh lagi. Kadang kala saya fikir mereka ingat senang ke nak cari calon suami, boleh pilih – pilih, macam beli ikan di pasar.

Lagi meny4kitkan hati kalau ada kata saya pemilih. Sebenarnya mereka tak faham masalah saya, memang saya ada kerja, umur pun dah lebih 25 tahun, dah tiba masanya berkahwin,

tetapi mereka tak faham tanggungjawab saya yang terp4ksa menguruskan emak yang tak berapa sihat di rumah. Memanglah emak saya tak s4kit teruk, tapi sekarang sem4kin

usianya meningkat, langkahya sem4kin lemah, tangannya tak kuat seperti dulu, pernah jatuh dalam bilik air, nasib ada jiran yang dengar jeritannya mereka telefon saya, sebab rumah berkunci.

Dekat sejam baru saya sampai, mak terp4ksa mengesot akirnya dapat duduk dalam bilik air. Tak tahulah macam mana emak bergerak akhirnya dia boleh duduk. Nak bangun memang

tak berdaya tanpa bantuan. Betul saya ada orang kakak tapi saya anak bongsu dan duduk dengan emak, maka saya terp4ksa jaga emak, nak harapkan dua orang kakak memang tak boleh,

Mereka ikut suami masing – masing duduk jauh nun di utara, sementara abang ikut isterinya di pantai timur, jadi salahlah mereka harapkan jaga emak. Kakak tak bekerja ikut

suami pindah randah kerana tugas mereka. Jadi nak bawa emak tinggal bersama mereka memang payahlah. Lagi pun nak harapkan kakak anak kecil kecil, bersekolah pulak, memang susah nak bergerak, abang pulak duduk jauh,

raya pun jarang balik jumpa emak. Dulu saya duduk kampung dengan emak, bila dah bekerja saya sewa rumah di bandar dan bawa emak sama, sebab emak nak ikut dan keadaan emak yang sem4kin uzur.

Rumah kampung terp4ksa ditinggalkan, ikut belas ikhsan jiran sahaja tengokkan keselamatannya. Sesekali mereka telefon minta duit untuk mesin rumput, dan upah

orang untuk bersihkan kawasan rumah. Dah lebih 2 tahun saya menyewa rumah di bandar, memang mudah ke tempat saya bekerja, sebab saya ada motor.

Jadi saya sempat sediakan makan minum emak untuk sarapan dan makan tengah hari. Saya masak ala kadar aja. Dipendekkan cerita saya bertemu dengan Bee, berkawan tak sampai setahun dia ajak kahwin, Memanglah saya suka, tapi bila dia tanya mengapa kakak saya tak mahu jaga emak, hati kecil saya terdetik.

Apakah Bee tak sukakan emak saya? Sebab saya terus terang beritahu lepas kahwin nanti saya akan bawa emak tinggal bersama. Agaknya ini yang Bee tak suka. Sebab itu saya minta tempoh. Namun masa berlalu begitu pantas akhirnya saya kahwin juga dengan Bee.

Buat jamuan ala kadar kat kampung. Lepas tu balik dok KL. Tapi memang jelas saya nampak Bee memang tak sukakan emak saya, bertanya khabar memang tak pernah apa lagi nak berbual memang tak ada. Bee jelas tak layan saya berbual jika emak duduk dekat saya.

Kalau emak masuk bilik baru dia mau berbual. Tapi kalau saya tanya tentang pekerjaannya dia tak jawab. Sebab saya lihat Bee selalu sangat cuti s4kit. Saya tanya s4kit apa dia tak jawab. Ini tentu merunsingkan saya. Saya tanya apakah dia ada masalah di tempat kerjanya.

Katanya penyelianya buat dia macam buruh kasar, teruk bekerja. Saya kata mana ada kerja senang, lainlah kalau bos, bos pun pening kepala kalau projek tak jalan, apa lagi duit tak masuk, tentu dia kena banyak soal. Bila tak kerja dia balik rumah tidur atau lepak dengan kawan, bila saya masak dia makan, dengan syarat emak saya makan dulu, dia tak suka makan sama emak saya.

Contoh kalau emak ada di meja makan dulu, dia tak jadi makan. Lepas emak makan baru dia keluar makan. Pelik. Perkara yang lagi merunsingkan fikiran saya bila emak Bee tanya bila saya nak mengandung, katanya mungkin kerana saya sibuk, kerja keras, penat jaga emak sebab tu lambat mengandung. Eh boleh dia cakap macam tu?

Satu hari Bee ajak saya pindah dekat belakang rumah emaknya, katanya penyewa yang sewa rumah emak dah pindah, jadi lebih baik kami duduk situ boleh emak dia tengokkan emak saya kalau jatuh dan sebagainya, dan mungkin emak saya ada kawan berbual.

Cadangan yang baik, 2 bulan kamudian kami pindah. memang belakang rumah mertua, walaupun saya tak berapa setuju, tapi fikirkan emak ada kawan berbual, saya pindah. Tetapi setelah dua bulan berlalu, sekali pun emak Bee tak berbual dengan emak saya, kecuali kalau saya balik dia tanya masak lauk apa.

Rupanya selama pindah, Bee sering tak bekerja. Tidur di rumah emaknya. Saya tak akan tahu kalau bukan cucu mertua saya mengadu dia tak suka Bee sebab suka tidur waktu siang dalam bilik mereka. Sedangkan mereka nak belajar dan nak rehat tak dapat.

Bila saya tanya Bee kenapa tak bekerja, dia kata penat. Boleh percaya ke? Sekarang baru saya tahu sebab tu Bee suruh pindah dekat rumah emaknya senang dia ponteng kerja dan tidur siang. Memang dasar pemalas kerja. Sejak itu bila Bee minta pinjam duit saya tak bagi sebab dia malas kerja.

Kerana selalu ponteng kerja, tentulah saya berleter dia marah. Lagi meny4kitkan hati duit sewa rumah dan utility yang saya suruh bayar pada emaknya, dia gunakan, sedangkan emaknya minta pada saya. Bila saya beritahu dah bagi Bee, mertua saya mengadu tak ada duit belanja dapur dan minta pinjam dan suruh saya tolak sewa bulan depan. Apa cerita ni? Main tolak – tolak?

Sepanjang menyewa belakang rumah emak Bee. Jelas Bee sem4kin malas bekerja akhirnya kena berhenti. Mulalah cari kerja lain. Dan pinjam duit saya konon nak pergi cari kerja.

Tetapi bergulung atas katil. Nak jadikan cerita satu hari emak saya jatuh, tak boleh bangun, bila balik saya lihat emak terlentang di ruang tamu.

Terk3jut saya, entah berapa lama emak jatuh, tak seorang pun tahu. Panggil ambulan bawa emak ke hospitaI. Rupanya emak kena str0ke. Dekat sebulan saya bekerja sambil berulang ke hospitaI, dan selalu tidur di hospitaI sebab nak jaga emak.

Bila emak balik saya carikan kerusi roda untuk kemudahan emak bergerak, saya fikir Bee tak bekerja bolehlah tolong jaga emak, sebaliknya dia sem4kin bencikan emak, katanya hidup emak akan lebih sem4kin menyusahkan saya. Dia suruh hantar pada kakak saya.

Dengan bantuan kakak saya dapat cari orang yang boleh jaga emak, tapi Bee tak suka. Katanya dia tak suka ada orang luar dalam rumahnya. Kerana isu ini kami sering bertengkar. Akhirnya saya buat keputvsan, emak lebih penting dalam hidup saya daripada suami.

Diam – diam saya cari rumah sewa di tempat lain tujuan saya supaya Bee tak ganggu hidup emak dan saya, lebih lebih lagi pembantu yang jaga emak ketika saya bekerja. Pada saya pembantu ini sangat penting, sebab tanpa dia saya tak oleh keluar bekerja, sapa nak jaga emak yang sentiasa perIukan orang jaga dia sepanjang masa.

Masalahnya Bee memang tak sukakan pembantu tersebut. Akhirnya saya beritahu emak Bee saya nak pindah rumah. Alasan saya dekat dengan hospitaI, senang nak bawa emak ke hospitaI nanti. Sebenarya kerana Bee tak sukakan emak saya.

Bee meng4muk sebab saya nak pindah. Dia tuduh saya isteri durh4ka tak bau syurga. Saya beritahu Bee, saya pindah pun kerana Bee tak sukakan emak saya lebih baik saya pindah, kerana tanggungjawab jaga emak adalah saya, sementara tanggungjawab Bee tanggung nafkah makan minum saya, tetapi Bee tak buat, sebaliknya Bee selalu pinjam duit saya.

Lantas Bee kata, kalau saya pindah juga maka jatuh taIak saya. Saya diam dan terus berkemas nak pindah. Esoknya bila saya keluar rumah Bee kata dia akan g4ntung saya tak bertali, dia takkan ceraikan saya sampai bila – bila.

Saya tak jawab apa pun, selain beritahu saya terp4ksa pindah demi emak dan masa depan saya. Kini sudah setahun saya pindah. Bee kerap dtg depan pagar rumah sewa pujuk saya

jangan teruskan tuntutan cerai. Tetapi saya pegang kepada lafaz pertamanya jatuh taIak kalau saya pindah rumah. Saya masih ingat dulu saat dia bagi talak tak ingat, Sekarang rasakan.

Bermakna saya sudah diceraikan, emaknya boleh jadi saksi cuma mahkamah syariah banyak urusan perlu dibuat, takada saksi lah, takada buktilah. Emak saya dengar tapi takkan orang percaya pada orang s4kit str0ke.

Sepanjang 4 tahun berkahwin dengan Bee bukan kebahagian yang saya dapat, tetapi kekecewaan dan kesedihan, saya tak kecewa tak dapat anak, sebaliknya saya bersyukur,

mungkin ini rahmat Allah yang mahu saya terus berbakti kepada emak saya. Mungkin juga Allah akan memberikan yang terbaik untuk saya satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *